Wednesday 18 April 2012

Clik here for info update :)

-Untuk makluman, yuran penyertaan masih dikekalkan sebanyak RM50.00, sampai bila-bila pun :)

- Konsep Jamboree 'back to the roots' adalah pilihan penganjur, kerana dengan rasa rendah diri, kami percaya bahawa konsep jamboree sebenar tanpa penglibatan wang ringgit kepada peserta adalah yang terbaik. Everybody's is a winner / Setiap peserta adalah pemenang. Jamboree, pada pemahaman kami adalah satu acara dimana para 'cyclist' mencabar had keupayaan dan ketahanan mental masing-masing dalam acara yang disertai, dan yang paling utama, berkumpul sesama 'cyclist', bertanya khabar, bercerita, bergelak ketawa dan sebagainya (maaf tiada unggun api dibenarkan :). Jauh disudut hati kami, kami percaya setiap 'cyclist' merupakan sahabat baik kepada 'cyclist' yang lain.

- Lunch yang disediakan adalah nasi tomato, ayam masak merah, jelatah nenas dan dalca yang akan dihidangkan secara buffet. Kami percaya dengan cara buffet/sentuhan personal ini kami lebih menghargai cyclist yang turut sama berperanan besar serta penting dalam menyumbang kepada badan-badan kebajikan yang telah dipilih nanti.

- Suka untuk kami nyatakan disini, setiap wang ringgit yang dikumpulkan, setelah ditolak kos, akan terus disumbangkan kepada badan-badan kebajikan yang dipilih.

- Suria FM telah mula mewar-warkan acara ini di stesyen radio mereka sejak tengah hari tadi (19/4/2012). Terima kasih atas sokongan Suria FM. :)
Hebahan Cycle4Care akan keudara di Suria FM selama seminggu selang 1 jam didalam segmen Suria Sana Sini bermula 28 April.




No comments:

Post a Comment